|
KES SI RAHIM "BULLDOG": POLIS PATUT GEMBIRA…..
Pihak polis boleh
tersenyum lebar kerana apa saja tindakan yang mereka lakukan terhadap orang awam
nanti,walaupun salah,akan mendapat hukuman yang seringan-ringan daripada mahkamah
Malaysia. Apakah tidaknya bila bekas si Rahim "bulldog" yang telah membelasah
DSAI sampai hampir separuh mati si Rahim "bulldog" hanya didenda RM 2000 dan
diberi hukuman penjara 2 bulan. Ini akan dijadikan contoh bagi
penghakiman-penghakiman yang melibatkan keganasan polis seterusnya di masa akan datang.
Dengan
penghakiman ini juga pihak polis akan bersyukur dan berterima kasih kepada Mahathir bahawa
pihak polis akan sentiasa dilindungi oleh mahkamah walaupun mereka tahu perbuatan mereka
itu salah dari segi undang-undang. Oleh itu dengan penghakiman ini ia merupakan satu
ganjaran kepada pihak polis untuk melakukan apa saja terhadap orang awam.
Mokhtar
telah ditugaskan untuk "ubah tiang gol" bagi menjaminkan supaya hukuman yang
dijatuhkan oleh hakim adalah seringan-ringan yang dapat. Mahathir tidak mahu prosiding kes
si Rahim "bulldog" berpanjangan memandangkan mungkin kedudukan Mahathir akan
tergugat pemilihan pucuk pimpinan UMNO bulan Mei 2000 ini.
Dengan pengakuan
bersalah si Rahim "bulldog" ini,ia mengesahkan bahawa si Rahim
"bulldog" telah berbohong mengatakan DSAI berkeadaan sihat semasa dalam tahanan.
Mahathir ,yang menuduh mata lebam DSAI itu adalah atas perbuatan DSAI sendiri jelas
menjadi pembohong yang paling besar.
Bandingkanlah cara kerajaan
Mahathir melayani kes DSAI dengan si Rahim "bulldog" ini:
a. Bila DSAI
ditangkap,dia terus diaib,dihina dan terus didakwa dengan serta merta. Bila si Rahim
"bulldog" ditahan,ia mengambil lebih kurang 18 bulan untuk dihadapkan di
mahkamah.
b. DSAI dihukum 6 tahun penjara kerana salah guna kuasanya sebagai TPM.
Si Rahim "bulldog" dihukum 2 bulan penjara kerana salah guna kuasa sebagai
KPM kerana membelasah DSAI.
c. DSAI dinafikan peluang ikat jamin oleh hakim
mahkamah sementara menunggu rayuan mahkamah lebih tinggi. Si Rahim
"bulldog" dibenarkan ikat jamin dengan serta merta sementara menanti rayuan
sebaik saja dijatuhkan hukuman.
d. Mokhtar "ubah tiang gol" dalam kes
DSAI bagi memastikan DSAI dipenjaradengan apa cara sekali pun. Mokhtar "ubah tiang
gol" untuk menolong si Rahim "bulldog" terlepas daripada hukuman yang
berat.
e. Kesalahan DSAI dan kesalahan orang awam dikenakan hukuman paling maksima.
Kesalahan si Rahim "bulldog" dijanjikan hukuman yang paling minima.
f.
Hakim dalam kes DSAI asyik menekan pihak pembela dengan tak relevan setiap fakta
hujahan mereka. Hakim dalam kes si Rahim "bulldog" begitu simpati tentang masa
depan Si Rahim "bulldog" hingga sanggup tidak mahu melihat si Rahim
"bulldog" hilang pencennya sekiranya dipenjarakan.
g. Hakim dalam kes
DSAI tidak mengambilkira jasa DSAI semasa menjadi TPM. Hakim dalam kes si Rahim
"bulldog" mengambilkira jasa si Rahim "bulldog"semasa
membuat penghakiman.
Kini peguam negara cuba berpura-pura menyuarakan rasa tidak
puas hati terhadap penghakiman tersebut dan telah membuat rayuan untuk mengenakan hukuman
yang lebih berat. Kalau sudah tahu bahawa si Rahim "bulldog" akan dikenakan
hukuman yang ringan kenapa ubah pertuduhan ? Bukankah pertuduhan asal itu lebih selesa?
Inilah yang dikatakan konspirasi peringkat tinggi.
Di mana letaknya keadilan
? Budak sekolah pun tahu membedakan antara yang adil dan tidak adil.
Tetapi,ahli-ahli UMNO masih buta mata dan buta hati terhadap ketidakadilan yang
berleluasa diamalkan oleh kerajaan BN hari ini.
Apakah kita mahu
perkara sebegini berlaku kepada saudara mara kita ? Biarlah rakyat menjadi hakim ke
atas kepincangan yang sedang berlaku dalam masyarakat kita hari ini.
ALI ALLAH
DITTA
|